Butonmagz, masih dalam proses perbaikan web, bila ada kendala pembacaan informasi mohon permakluman

Sebelum Syekh Abdul Wahid, ternyata Sayid Jamaluddin al-Kubra lebih dulu datang ke Buton atas undangan Raja Mulae Sangia i-Gola.

  Kompleks makam Sayid   Jamaluddin   al-Kubra

BUTONMAGZ—Sebuah catatan penting dari buku berjudul ‘ulama-ulama Nusantara’ karya Wan Mohd. Shaghir Abdullah -  seorang pemikir dan pengkaji sejarah khazanah ulama silam Asia Tenggara - yang baru saja wafat pada 12 April 2017 silam. Ia mengungkap muasal ke-Islamam di Buton masa lalu.

Pada nukilan tulisannya yang berjudul “Syeikh Abdul Wahid al-Juhuri - Mengislamkan Sultan Buton” di halaman 345 buku tersebut justru mengungkap bila Raja Mulae Sangia i-Gola adalah raja yang pertama memeluk Islam dari seorang ulama bernama Sayid  Jamaluddin al-Kubra.

Selama ini, sejarah Buton menuliskan bila Lakilaponto adalah raja ke-6 sekaligus Sultan pertama yang di Islam-kan oleh Syekh Abdul Wahid. Begini tulisan lengkapnya dalam bahasa Melayu.
-----------------

Pulau Buton  yang terletak di sebelah tenggara tanah besar Pulau Celebes atau namanya sekarang, Sulawesi, pada zaman dahulu pernah mempunyai kerajaan sendiri. Nama Pulau Buton dikenal sejak zaman pemerintahan Majapahit lagi. Patih Gajah Mada dalam Sumpah Palapa, menyebut nama Pulau Buton.

Empu Prapanca juga menyebut nama Pulau Buton di dalam bukunya, Negara Kartagama. Sejarah yang umum diketahui orang, bahwa Kerajaan Bone di tanah besar Sulawesi lebih dulu menerima agama Islam yang dibawa oleh Datuk Ri Bandang yang berasal dari   Minangkabau   sekitar   tahun   1605   M.  

Sebenarnya   Sayid   Jamaluddin   al-Kubra lebih dulu sampai di Pulau Buton, yaitu pada tahun 815 H/1412 M. Ulama tersebut diundang oleh Raja Mulae Sangia i-Gola dan baginda langsung memeluk agama Islam. Siapa Sayid   Jamaluddin   al-Kubra, akan diulas pada tulisan berikutnya.

Lebih  kurang seratus  tahun  kemudian, dilanjutkan oleh Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman  al-Fathani  yang dikatakan  datang  dari  Johor.  Beliau   berhasil mengislamkan Raja Buton yang ke-6 sekitar tahun 948 H/ 1538 M.
Wan Mohd. Shaghir Abdullah
Riwayat   lain   mengatakan   tahun   1564   M.   Walau   bagaimana   pun   masih   banyak pertikaian pendapat mengenai tahun kedatangan Syeikh Abdul Wahid di Buton. Oleh itu dalam artikel ini dirasakan perlu dikemukakan beberapa perbandingan.

Dalam masa  yang   sama dengan  kedatangan  Syeikh  Abdul   Wahid bin  Syarif  Sulaiman  al- Fathani,   diriwayatkan   bahawa   di   Callasusung   (Kalensusu),   salah   sebuah   daerah kekuasaan Kerajaan Buton, didapati semua penduduknya beragama Islam.

Selain pendapat yang menyebut bahawa Islam datang di Buton berasal dari Johor, ada   pula   pendapat   yang   menyebut   bahawa   Islam   datang   di   Buton   berasal   dari Ternate. Dipercayai orang-orang Melayu dari pelbagai daerah telah lama sampai di Pulau Buton. Mengenainya dapat dibuktikan bahawa walau pun bahasa yang digunakan dalam Kerajaan Buton ialah bahasa Wolio, namun dalam masa yang sama digunakan bahasa Melayu, terutama bahasa Melayu yang dipakai di Melaka, Johor dan Patani.

Orang-orang Melayu  tinggal  di Pulau  Buton,  sebaliknya  orang-orang  Buton   pula termasuk kaum yang pandai belayar seperti orang Bugis juga. Orang-orang  Buton sejak  lama  merantau ke seluruh pelosok dunia Melayu dengan menggunakan   perahu   berukuran   kecil   yang   hanya   boleh   menampung   lima   orang, sehingga perahu besar yang boleh memuat barang sekitar 150 tan.

Raja Buton masuk Islam
Kerajaan   Buton   secara   rasminya   menjadi   sebuah   kerajaan   Islam   pada   masa pemerintahan Raja Buton ke-6, iaitu Timbang Timbangan atau Lakilapotan atau Halu Oleo. Bagindalah yang diislamkan oleh Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fathani  yang datang  dari  Johor.

Menurut beberapa riwayat bahawa Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fathani sebelum sampai di Buton pernah tinggal di Johor. Selanjutnya bersama isterinya pindah ke Adonara (Nusa Tenggara Timur). Kemudian   beliau   sekeluarga   berhijrah pula ke  Pulau   Batu   Gatas   yang   termasuk dalam pemerintahan Buton.

Di Pulau Batu Gatas, Buton, Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fathani bertemu  Imam   Pasai yang  kembali  dari  Maluku   menuju Pasai  (Aceh).  Imam  Pasai menganjurkan Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fathani pergi ke Pulau Buton, menghadap Raja Buton. Syeikh Abdul Wahid setuju dengan anjuran yang baik itu.  

Setelah   Raja   Buton   memeluk   Islam,   Baginda   langsung   ditabalkan   menjadi Sultan Buton oleh Syeikh Abdul Wahid pada tahun 948 H/1538 M. Walau bagaimanapun. Mengenai tahun tersebut, masih dipertikaikan kerana daripada sumber yang lain disebutkan bahawa Syeikh Abdul Wahid merantau dari Patani-Johor ke Buton pada tahun 1564 M. Sultan Halu Oleo dianggap sebagai Sultan Kerajaan Islam Buton pertama, bergelar Sultan atau Ulil Amri dan menggunakan gelar yang khusus iaitu Sultan Qaimuddin. Maksud perkataan ini ialah Kuasa Pendiri Agama Islam.

Dalam riwayat yang lain menyebut bahawa yang melantik Sultan Buton yang pertama  memeluk   Islam,   bukan   Syeikh   Abdul   Wahid   tetapi   guru   beliau   yang   sengaja didatangkan   dari   Patani.   Raja   Halu   Oleo   setelah   ditabalkan   sebagai   Sultan Kerajaan Islam Buton pertama, dinamakan Sultan Murhum.

Ketika diadakan Simposium Pernaskahan Nusantara Internasional IV, 18 - 20 Juli 2000 di Pekan Baru, Riau, salah satu kertas kerja membicarakan beberapa aspek  tentang Buton, yang dibentang oleh La Niampe, yang berasal dari Buton. Hasil  wawancara saya kepadanya adalah sebagai berikut:

1. Syeikh Abdul Wahid pertama kali sampai di Buton pada tahun 933 H/1526 M.
2. Syeikh Abdul Wahid sampai ke Buton kali kedua pada tahun 948 H/1541 M.
3. Kedatangan Syeikh Abdul Wahid yang kedua di Buton pada tahun 948 H/1541 M  bersama   guru   beliau   yang   bergelar   Imam   Fathani.   Ketika   itulah   terjadi  pengislaman   beramai-ramai   dalam   lingkungan   Istana   Kesultanan   Buton   dan  sekali gus melantik Sultan Murhum sebagai Sultan Buton pertama.

Maklumat lain, kertas kerja Susanto Zuhdi berjudul Kabanti Kanturuna Mohelana  Sebagai Sumber Sejarah Buton, menyebut bahawa Sultan Murhum, Sultan Buton yang  pertama memerintah dalam lingkungan tahun 1491 M - 1537 M. Menurut Maia Papara  Putra dalam bukunya, Membangun dan Menghidupkan Kembali Falsafah Islam Hakiki  Dalam   Lembaga   Kitabullah,   bahawa   ``Kesultanan   Buton   menegakkan   syariat   Islam  ialah tahun 1538 Miladiyah.

Jika   kita   bandingkan   tahun   yang   saya   sebutkan   (1564   M),   dengan   tahun   yang  disebutkan oleh La Niampe (948 H/1541 M) dan tahun yang disebutkan oleh Susanto  Zuhdi (1537 M), bererti dalam tahun 948 H/1541 M dan tahun 1564 M, Sultan Murhum  tidak menjadi Sultan Buton lagi kerana masa beliau telah berakhir pada tahun  1537 M. Setelah meninjau pelbagai aspek, nampaknya kedatangan Syeikh Abdul Wahid  di Buton dua kali (tahun 933 H/1526 M dan tahun 948 H/1541 M) yang diberikan  oleh La Niampe adalah lebih meyakinkan.

Yang menarik pula untuk dibahas ialah keterangan La Niampe yang menyebut bahawa ``Kedatangan Syeikh Abdul Wahid yang kedua kali di Buton pada tahun 948 H/1541 M itu   bersama   Imam   Fathani   mengislamkan   lingkungan   Istana   Buton,   sekaligus melantik  Sultan Murhum  sebagai  Sultan Buton yang pertama''.

Apa sebab Sultan Buton  yang   pertama itu  dilantik/dinobatkan  oleh  Imam   Fathani ?  Dan  apa  pula  sebabnya sehingga Sultan Buton yang pertama itu bernama Sultan Murhum, sedangkan di Patani terdapat satu kampung bernama Kampung Parit Murhum.

Kampung Parit  Murhum  berdekatan dengan  Kerisik,  iaitu  pusat  seluruh   aktiviti Kesultanan Fathani Darus Salam pada zaman dahulu. Semua yang tersebut itu sukar untuk dijawab. Apakah semuanya ini secara kebetulan saja atau pun memang telah terjalin sejarah antara Patani dan Buton sejak lama, yang memang belum diketahui oleh para penyelidik

Namun walau bagaimanapun jauh sebelum ini telah ada orang yang menulis bahawa ada  hubungan antara  Patani  dengan Ternate. Dan cukup terkenal legenda bahawa orang Buton sembahyang Jumaat di Ternate. 

Jika kita bandingkan dengan semua sistem pemerintahan, sama ada yang bercorak  Islam   mahu   pun   sekular,   terdapat   perbezaan   yang   sangat   ketara   dengan  pemerintahan   Islam   Buton.   Kerajaan   Islam   Buton   berdasarkan   Martabat   Tujuh.

Daripada   kenyataan   ini   dapat   diambil   kesimpulan   bahawa   kerajaan   Islam   Buton  lebih mengutamakan ajaran tasawuf daripada ajaran yang bercorak zahiri. Walau  bagaimanapun ajaran syariat tidak diabaikan.

Semua   perundangan   ditulis   dalam   bahasa   Walio   menggunakan   huruf   Arab,   yang dinamakan Buru Wolio seperti kerajaan-kerajaan Melayu menggunakan bahasa Melayu  tulisan   Melayu/Jawi.   Huruf   dan   bahasa   tersebut   selain   digunakan   untuk  perundangan,   juga   digunakan   dalam   penulisan   salasilah   kesultanan,   naskhah-naskhah dan  lain-lain.  Tulisan tersebut  mulai  tidak  berfungsi  lagi   menjelang  kemerdekaan Indonesia 1945.

Peninggalan sejarah
Beberapa orang peneliti sejarah yang berasal dari Buton menyebut bahawa sampai  sekarang   masih   terdapat   beberapa   peninggalan   Syeikh   Abdul   Wahid   di   kerajaan  Buton, di antaranya yang dinamakan Benteng Kraton, iaitu benteng pertahanan yang mengelilingi istana sultan dengan pelbagai alat kelengkapannya. Terdapat juga  dua buah masjid tua. Satu terletak di Walio, iaitu asal pusat kerajaan Islam Buton.

Menurut riwayat yang mutawatir, bahawa Masjid di Walio itu didirikan oleh Syeikh  Abdul Wahid ketika beliau mula-mula menginjakkan kakinya di Pulau Buton. Walau bagaimanapun   menurut   riwayat,   masjid   tersebut   telah   mengalami   tiga   kali  pemugaran (perubahan reka bentuk). Pemugaran terakhir pada zaman pemerintahan  Sultan La Ode Abdul Hamid, iaitu Sultan Buton ke-37, yang memerintah tahun 1927 M sampai tahun 1935 M.

Masjid kedua terletak di Desa Liatogo, Pulau Wangi-Wangi sebelah tenggara Pulau  Buton yang didirikan pada masa sultan pertama. Di masjid ini terdapat sebuah  batu yang dinamakan Batupoaro. Menurut riwayat di atas batu itulah tempat Syeikh  Abdul Wahid  berkhalwat  melakukan ibadah,  dan  di  sanalah  beliau   menghilangkan  diri, tiada diketahui ke mana perginya selepas itu.

Batupoaro   sampai   sekarang   dianggap   tempat   keramat   bagi   sebahagian   masyarakat Buton, mereka datang ke batu tersebut untuk membayar nazar, berdoa agar mendapat  berkat melalui keramat Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fathani, yang telah berhasil mengislamkan sultan dan rakyat Buton. (ref)


  • Asal Usul Nama Sulawesi dan Sebutan Celebes
    Lukisan tentang kehidupan masyarakat Sulawesi Selatan pada abad ke-16. (Tropenmuseum, part of the National Museum of World Cultures)BUTONMAGZ--Sulawesi dan Celebes merupakan pulau terbesar kesebelas di dunia. Menurut data Sensus 2020, penduduknya mencapai kurang dari 20 juta jiwa, yang tersebar di...
  • Tragedi Sejarah Lebaran Kedua di Tahun 1830
    Diponegoro (mengenakan surban dan berkuda) bersama pasukannya tengah beristirahat di tepian Sungai Progo.BUTONMAGZ---Hari ini penanggalan islam menunjukkan 2 Syawal 143 Hijriah, dalam tradisi budaya Islam di Indonesia dikenal istilah 'Lebaran kedua',  situasi dimana semua orang saling...
  • Kilas sejarah singkat, Sultan Buton ke-4 : Sultan Dayyanu Ikhsanuddin
    Apollonius Schotte (ilustrasi-Wikipedia)BUTONMAGZ—Tulisan ini merupakan bagian dari jurnal Rismawidiawati – Peneliti pada Kantor Balai Pelestarian Nilai Budaya (BPNB) Makassar, dengan judul  Sultan La Elangi (1578-1615) (The Archaeological Tomb of the Pioneers “Martabat Tujuh” in the Sultanate...
  • Peranan Politik Sultan Mardan Ali di Kesultanan Buton (Bagian 3)
    Pulau Sagori (kini wilayah Bombana) yang banyak menyimpan cerita zaman Kesultanan ButonBUTONMAGZ---Tulisan ini disadur dari Jurnal Ilmiah berjudul ‘Peranan Sultan Mardan Ali di Kesultanan Buton: 1647-1657M, yang ditulis Asniati, Syahrun, La Ode Marhini dari Fakultas Ilmu Budaya Universitas Halu...
  • Mengenal Pribadi Sultan Mardan Ali. Sultan Buton yang dihukum Mati (Bagian 2)
    Pulau Makasar di Kota BaubauBUTONMAGZ---Tulisan ini disadur dari Jurnal Ilmiah berjudul ‘Peranan Sultan Mardan Ali di Kesultanan Buton: 1647-1657M, yang ditulis Asniati, Syahrun, La Ode Marhini dari Fakultas Ilmu Budaya Universitas Halu Oleo Kendari.Di bagian pertama menjelaskan tentang profil awal...
  • Mengenal sosok Sultan Mardan Ali. Sultan Buton yang dihukum Mati (Bagian I)
    Makam Sultan Mardan Ali 'Oputa Yi Gogoli'  (foto rabani Unair Zone)BUTONMAGZ--- cerita tentang kepemimpinan raja dan sultan di Buton masa lalu menjadi catatan tersendiri dalam sejarah masyarakat Buton kendati literasi tentang itu masih jarang ditemukan. Salah satu kisah yang menarik adalah...
  • Sejarah Kedaulatan Buton dalam Catatan Prof. Susanto Zuhdi
    foto bertahun 1938 dari nijkmusem.dd----8 April 1906, Residen Belanda untuk Sulawesi, Johan Brugman (1851–1916), memperoleh tanda tangan atas kontrak baru dengan Sultan Aidil Rakhim (bernama asli Muhamad Asyikin, bertakhta 1906–1911) dari keluarga Tapi-tapi setelah satu minggu berada di...
  • Perdana Menteri Negara Indonesia Timur Kelahiran Buton, Siapa Dia?
    Nadjamuddin Daeng MalewaBUTONMAGZ---Tak banyak yang mengenal nama tokoh ini di negeri Buton, namun di Makassar hingga politik ibu kota masa pergerakan kemerdekaan, nama ini dikenal sebagai sosok politis dengan banyak karakter. Namanya Nadjamuddin Daeng Malewa, lahir di Buton pada tahun 1907. Ia...

  • Inovasi di Desa Kulati - Wakatobi, Sulap Sampah Jadi Solar
    BUTONAMGZ---Kabupaten Wakatobi yang terkenal dengan keindahan surga bawah lautnya, ternyata memiliki sebuah desa yang berbeda dengan daerah lainnya di Indonesia, dimana dihuni oleh masyarakat yang sangat sadar akan pentingnya menjaga lingkungan hidup.Daerah ini bernama Desa Kulati yang mayoritas...
  • Repihan Tradisi dan Sejarah di Kepulauan Pandai Besi - Wakatobi
    BUTONMAGZ---Kepulauan Pandai Besi adalah julukan untuk empat pulau besar dan sejumlah pulau kecil lain di ujung tenggara Pulau Buton, Sulawesi Tenggara. Penamaan itu diberikan pada masa Hindia Belanda karena kepandaian masyarakatnya dalam pembuatan senjata tradisional berbentuk keris dan peralatan...
  • Tari Lariangi - Kaledupa; Tarian Penyambutan dengan Nuansa Magis
    Penari Lariangi. (Dokumen Foto La Yusrie)BUTONMAGZ---Kepulauan Buton tak hanya kaya dengan kesejarahan dan maritim, budaya seninya pun memukau. Salah satunya Tari Lariangi yang berasal dari Kaledupa Kabupaten Wakatobi – Sulawesi Tenggara saat ini.Melihat langsung tarian ini, magisnya sungguh terasa...
  • KaTa Kreatif 2022: Potensi 21 Kabupaten/Kota Kreatif Terpilih. Wakatobi terpilih!
    Wakatobi WaveBUTONMAGZ--Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif/Kepala Badan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno, secara resmi membuka kick off KaTa Kreatif 2022 pada Januari lalu. Di dalam program ini terdapat 21 Kabupaten/Kota Kreatif Terpilih dari total 64 Kabupaten/Kota yang ikut serta.KaTa Kreatif...
  • Tiga Lintasan Baru ASDP di Wakatobi Segera Dibuka
    BUTONMAGZ---Sebanyak tiga lintasan baru Angkutan, Sungai, Danau, dan Penyeberangan (ASDP) Cabang Baubau di Kabupaten Wakatobi, Sulawesi Tenggara, segera dibuka menyusul telah disiapkannya satu unit kapal untuk dioperasikan di daerah itu. Manager Usaha PT ASDP Cabang Baubau, Supriadi, di Baubau,...
  • La Ola, Tokoh Nasionalis dari Wakatobi (Buton) - Pembawa Berita Proklamasi Kemerdekaan Dari Jawa.
    BUTONMAGZ—Dari sederet nama besar dari Sulawesi Tenggara yang terlibat dalam proses penyebaran informasi Proklamasi Kemerdekaan RI pada tanggal 17 Agustus 1945. Ada satu nama yang (seolah) tenggelam dalam sejarah.  Di adalah La Ola. Nama La Ola terekam dalam buku berjudul “Sejarah Berita...
  • Jatuh Bangun dan Tantangan bagi Nelayan Pembudidaya Rumput Laut di Wakatobi
    ilustrasi : petani rumput laut BUTONMAGZ---Gugusan Kepulauan Wakatobi di Sulawesi Tenggara terdiri dari 97 persen lautan dan hanya 3 persen daratan. Dari 142 pulau-pulau kecil, hanya 7 pulau yang berpenghuni manusia. Saat ini pariwisata bahari menjadi andalan pendapatan perkapita masyarakat di...
  • Kaombo, Menjaga Alam dengan Kearifan Lokal
    BUTONMAGZ--Terdapat sebuah kearifan lokal di masyarakat Kepulauan Buton pada umumnya. Di Pulau Binongko - Wakatobi misalnya, oleh masyarakat setempat kearifan ini digunakan untuk menjaga kelestarian alam. Mereka menyebutnya tradisi kaombo, yakni sebuah larangan mengeksploitasi sumber daya alam di...